Ambil contoh GOUT. Ramai yang pandang ringan pada gout, sebab boleh hilang sakit dengan hanya makan pain killer. Tapi kalau makan pain killer berterusan, boleh membawa akibat kepada buah pinggang.
Biasanya, kalau gout berlanjutan boleh membawa kepada ‘tophi lump’ — benjol-benjol, bengkak pada sendi-sendi anggota badan. Peringkat ini tidak lagi memerlukan pembedahan, boleh terus makan ubat yang disediakan. Namun ‘kecacatan’ benjol-benjol, bengkak itu tidak akan hilang, walaupun kesakitan itu tidaklah seteruk mana.
Hinggalah pada akhirnya, pembedahan diperlukan kerana tidak dapat lagi menahan sakit apabila ‘tophi lump’ itu makin melarat.
Pembedahan dengan kos yang tinggi diperlukan apabila ‘tophi lump’ itu menekan urat saraf menyebabkan kebas dan lemah, lump menjadi bengkak teruk, terjadi jangkitan kulit, sendi-sendi menjadi ketat dan rosak, menyebabkan sukar bergerak, kesakitan yang tidak dapat diubati lagi oleh ubat-ubatan. Masa ini, penyelesaiannya hanya pembedahan.
Pada peringkat ini, selalunya menyesal, kalaulah dulu menjaga makanan dan mengawal asid urik, tentu sekali tidak perlu pembedahan. Selain mengawal pemakanan itu, penyebab gout — asid urik — dapat dicegah dengan sumber asli, sumber alami (natural) yang berada di keliling kita sejak ribuan tahun, bahkan antaranya sudah sekian lama berada di dapur rumah kita, sebagai bahan masakan.



























